Koperasi SMAD

Koperasi SMAD
Crew Koperasi

Khamis, 19 Mac 2015

KEMPEN " JOM BELI BARANGAN KOPERASI "


JON BELI BARANGAN DI KOPERASI



Koperasi SMA Darussaadah menjual pelbagai barang peralatan menulis dan sebagainya

Perkhidmatan photostat, binding ring, dan laminate juga disediakan..

JOM RAMAI KITA BELI DI KOPERASI....

Lagi Sejuk Lagi Best

PRODUK YANG DIPASARKAN DI KOPERASI SEKOLAH


PRODUK BUMIPUTERA








Minuman Jeli pertama di Malaysia dihasilkan oleh bumiputera berasaskan rumpai laut. Ia didatangkan dengan 4 perisa iaitu strawberi, anggur, epal hijau dan laici. Dijamin halal oleh JAKIM.

Miwa Jeli amat sesuai sebagai hidangan dessert mudah utk majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya dan sebagainya sudah tentu menjadi kesukaan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ingat lagi sejuk lagi best tau. Belum cuba belum tahu.. Sila Hubungi Puan Muna Binti Mansor sebarang pertanyaan. Terima Kasih

- JOM RAMAI-RAMAI KITA BELI.... SEJUK TEKAK DENGAN JELI MIWA......
SATU CUP RM 1.00 SAHAJA.....

- UNTUK SATU KOTAK RM 22.00 SAHAJA.... NIKMATI BERSAMA DENGAN RAKAN_RAKAN DAN KELUARGA......

AHLI JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH



AHLIJAWATANKUASA KOPERASI SMAD



Tuan Haji Abdul Rashid Bin Othman
Pengetua SMA Darussaadah
Pengerusi



Tuan Haji Ishak Bin Zulkifli
PK Pentadbiran
Naib Pengerusi



Puan Muna Binti Mansor
Guru
Setiausaha


Puan Shamsiah Binti Hussin
Guru
Bendahari

- Barisan Ahli Jawatankuasa Koperasi pada tahun2015, Mereka berusaha untuk memajukan koperasi SMA Darussaadah pada tahun ini.



SEJARAH SMA DARUSSAADAH




PINTU MASUK PERTAMA SMA DARUSSAADAH


Pengasas pertama sekolah atau madrasah ini bernama Tuan Haji Hussin bin Hassan. Beliau mula membuka pondok Titi Besi pada tahun 1918. Tapak asalnya adalah di seberang jalan iaitu tapak asrama puteri sekarang, 500 meter dari kawasan sekolah kini. Beliau meninggal dunia pada tahun 1935, dan diganti oleh empat orang menantu beliau iaitu Tuan Haji Ibrahim bin , Tuan Haji Mustafa bin , Tuan Haji Zakaria bin , dan Tuan Haji Hashim bin sehingga tahun 1941. Semasa perang Jepun pondok atau madrasah ini telah berpindah ke Kg Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah dan telah beroperasi pada tahun 1942 hingga 1945.
Pada tahun 1946 pondok  ini telah berpindah semula ke tapak asal di Kg Titi Besi dan mereka berpakat untuk mengubah nama asal madrasah tersebut kepada nama Madrasah Agama Darussaadah. Madrasah ini telah didaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah dengan nama Sekolah Menengah Agama Darussaadah pada tahun 1956. Pada tahun 1982, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah telah membeli tapak sekolah yang ada sekarang dengan kerjsama Pengetua pada masa itu iaitu Tn Hj Long bin Mohd Shah. Alhamdulillah, sejak itu sekolah ini bertambah maju dan mendapat sokongan para ahli masyarakat. Buktinya, jumlah pelajar pada masa itu meningkat ke seribu orang murid pada tahun 1996 hingga 1997. Pada tahun 2004, bilangan murid semakin merosot disebabkan masalah pentadbiran dengan pihak berkuasa pendidikan pada masa itu. Namun sekolah ini tetap beroperasi dengan sokongan kewangan dari Lembaga Pengurusan Sekolah.
Sesungguhnya Sekolah Menengah Agama Rakyat mempunyai perlembagaan sendiri iaitu menggariskan beberapa fasal penting mengenai undang-undang pertubuhannya. Ia ditubuhkan di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Kedah, pendaftaran sekolah-sekolah agama rakyat yang beribu pejabat di Bangunan Wan Mohammad Saman. Tuan Haji Abdul Rashid bin Hj Othman telah mengambil alih kepimpinan sekolah ini daripada Tn Hj Long bin Mohd Shah yang kembali Rahmatullah pada 2004.
Pada tahun 2005 Sekolah Menengah Agama Darussaadah telah diterima sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah beberapa sesi persefahama antara Lembaga Pengurusan Sekolah, Jabatan Agama Islam Kedah , Jabatan Pelajaran Kedah dan Kementerian Pelajaran Malaysia dimeterai. Pada tahun 2006, Sekolah Menengah Agama Darussaadah dengan rasminya menjadi warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah menerima bantuan fizikal dan sumber manusia dan telah dikategorikan sebagai salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.